Tuesday, 7 February 2017

Rumah teres untuk dijual pada yang berminat. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.


Rumah corner lot hyperlink 26x65 4 bilik 3 bilik tandas 
 Model Daffina Ijok Daerah Selayang
Ada penyewa RM1200


Extra tanah 30x65

Rumah teres 2 tingkat 20x65 Tmn Anggerik 3 Bukit Sentosa
Dekat dengan Sekolah rendah dan menengah
Sesuai untuk keluarga yng mempunyai anak yang masih ramai bersekolah
30 minit ke KL, Tg Malim dan 40 minit ke Shah Alam
Ada penyewa RM500 sebulan


Rumah Teres 2 tingkat Tmn Anggerik 2 Bukit Sentosa.
Betul betul depan sekolah dan berdekatan dengan semua kemudahan seperti kedai masjid
Ada penyewa RM500 sebulan


Sunday, 5 February 2017

Azam dan tekad baru 2017

Mencari perniagaan untuk memajukan diri insyaallah

DAH LAMA TAK JENGUK BLOG SAYA

Bertahun sudah meninggalkan aktiviti blog.... sibuk dengan kerja dan mencari pengalaman hidup dalam dunia koporat. 😀😀

Sunday, 19 June 2011

ALHAMDULLILAH... 3 EKOR LEMBU DIJUAL BULAN NI

Bulan ramai kalangan muda mudi mendirikan masjid. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada jemputan kenduri kahwin... sedap sesekali makan nasi kawah ni, Bulan ni rezeki jualan lembu pun ada la dari Budak UPSI Tg Malim yang duduk kat kg keliling (RM2400), Abang kepada Latif duduk kg tengah (dia hutang dulu RM1500) dan oder dari Masjid Gombak (RM2400) sikit buat belanja untuk mendirikan bangunan kedai untuk jualan kek, sulaman kain ... rezeki anak-anak. Dah dapat lagi satu oder untuk bulan julai untuk Paman Leman lembu dalam harga RM2k (dia dah advance RM1500) untuk kenduri kahwin anak dia. 
Target kalau dapat jual 40 ekor tahun ni masa raya haji.... boleh tambah lagi dalam 150 tahun depan!.... insyaalah... buat bayar Toyota Hilux...

MUSIM PANAS NI.... ANGSA DAN AYAM PIRU BERTELUR BUKAN MAIN BANYAKDAN ANGSA

Sepanjang musim panas lembab ni, inkubator saya dah tak termampu untuk menampung jumlah telur yang dihasilkan oleh 4 ibu angsa dan ayam belanda yang tak berhenti henti bertelur sejak minggu lepas. Inkubator saya dah tak muat lagi nak menampung jumlah telur yang saban hari meningkat. Boleh katakan setiap hari 5 biji telur dihasilkan oleh ibu ibu ayam dan angsa... persoalannya.. mana nak letak?
Kami ingat kalau oder inkubator baru tu tak sampai dalam minggu ni, kami nak mula menggoreng aje la telor yang ada untuk buat nasi goreng.... hehehehhee..! Si Junaidi pembuat inkubator nakkan advance payment dalam RM150 untuk dia beli barang dan dijangka sipa dalam seminggu.... adussss!! masalah ni..
kalau sehari purata 5 biji... seminggu kalu.... 35 biji... mana nak letakk!!!!!!

Saturday, 21 May 2011

MANGSA KORBAN KUCING DURJANA

Kalau nak ikutkan hati macam nak sembelih aje kucing kesayangan bini aku yang tak reti kenyang melantak 3 ekor ayam baby (piru putih, dan 2 ekor ayam serama cun). Paling menyakitkan hati walaupun dah diberi makan setiap hari selambak nasi bertumbok lauk ayam, mahkluk ni masing juga nak makan ayam piru yang baru nak hidup.. eeee geram betul. Macam nak buang semua kucing dalam reban tu... memang tak berguna sesen pun bela kucing ni...hampeeeehhhh...

KLUK KLUK KLUK.... TELOR AYAM PIRU KENA CURI MONYET

Seronok tengok ayam piru saya dah membesar dan boleh menghasilkan telor....setakat ini 2 biji telor dihasilkan dan dimasukkan dalam inkubator. Yang sayunye, ada seekor monyet yang suka mengintai dan mencuri telor ayam ni dan badan dia dah bertambah gemok makan telor setiap hari. Hati pedih betul mengenangkan nasib telor yang telah terkorban. Tapi bila tengok ayam yang kian membesar dan jinak, sejuk hati sekejap!