Sunday, 19 June 2011

MUSIM PANAS NI.... ANGSA DAN AYAM PIRU BERTELUR BUKAN MAIN BANYAKDAN ANGSA

Sepanjang musim panas lembab ni, inkubator saya dah tak termampu untuk menampung jumlah telur yang dihasilkan oleh 4 ibu angsa dan ayam belanda yang tak berhenti henti bertelur sejak minggu lepas. Inkubator saya dah tak muat lagi nak menampung jumlah telur yang saban hari meningkat. Boleh katakan setiap hari 5 biji telur dihasilkan oleh ibu ibu ayam dan angsa... persoalannya.. mana nak letak?
Kami ingat kalau oder inkubator baru tu tak sampai dalam minggu ni, kami nak mula menggoreng aje la telor yang ada untuk buat nasi goreng.... hehehehhee..! Si Junaidi pembuat inkubator nakkan advance payment dalam RM150 untuk dia beli barang dan dijangka sipa dalam seminggu.... adussss!! masalah ni..
kalau sehari purata 5 biji... seminggu kalu.... 35 biji... mana nak letakk!!!!!!

2 comments:

  1. meh antar tg malim la...separuh goreng, separuh lagi masuk incubator sini, anak nanti leh antar balik gedangsa....bagi telor angsa la, telur itik ngan ayam tak leh campur....zul

    ReplyDelete
  2. Encik ada menjual telur benih -
    Ayam Belanda, Ayam Mutiara, Puyuh atau mana-mana ayam / burung bersaiz kecil / sederhana.

    Sekiranya ada, boleh saya dapatkan senarai Harga - tertakluk kepada jenis baka, umur dan stok yang tersedia.

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete