Sunday, 19 June 2011

ALHAMDULLILAH... 3 EKOR LEMBU DIJUAL BULAN NI

Bulan ramai kalangan muda mudi mendirikan masjid. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada jemputan kenduri kahwin... sedap sesekali makan nasi kawah ni, Bulan ni rezeki jualan lembu pun ada la dari Budak UPSI Tg Malim yang duduk kat kg keliling (RM2400), Abang kepada Latif duduk kg tengah (dia hutang dulu RM1500) dan oder dari Masjid Gombak (RM2400) sikit buat belanja untuk mendirikan bangunan kedai untuk jualan kek, sulaman kain ... rezeki anak-anak. Dah dapat lagi satu oder untuk bulan julai untuk Paman Leman lembu dalam harga RM2k (dia dah advance RM1500) untuk kenduri kahwin anak dia. 
Target kalau dapat jual 40 ekor tahun ni masa raya haji.... boleh tambah lagi dalam 150 tahun depan!.... insyaalah... buat bayar Toyota Hilux...

MUSIM PANAS NI.... ANGSA DAN AYAM PIRU BERTELUR BUKAN MAIN BANYAKDAN ANGSA

Sepanjang musim panas lembab ni, inkubator saya dah tak termampu untuk menampung jumlah telur yang dihasilkan oleh 4 ibu angsa dan ayam belanda yang tak berhenti henti bertelur sejak minggu lepas. Inkubator saya dah tak muat lagi nak menampung jumlah telur yang saban hari meningkat. Boleh katakan setiap hari 5 biji telur dihasilkan oleh ibu ibu ayam dan angsa... persoalannya.. mana nak letak?
Kami ingat kalau oder inkubator baru tu tak sampai dalam minggu ni, kami nak mula menggoreng aje la telor yang ada untuk buat nasi goreng.... hehehehhee..! Si Junaidi pembuat inkubator nakkan advance payment dalam RM150 untuk dia beli barang dan dijangka sipa dalam seminggu.... adussss!! masalah ni..
kalau sehari purata 5 biji... seminggu kalu.... 35 biji... mana nak letakk!!!!!!

Saturday, 21 May 2011

MANGSA KORBAN KUCING DURJANA

Kalau nak ikutkan hati macam nak sembelih aje kucing kesayangan bini aku yang tak reti kenyang melantak 3 ekor ayam baby (piru putih, dan 2 ekor ayam serama cun). Paling menyakitkan hati walaupun dah diberi makan setiap hari selambak nasi bertumbok lauk ayam, mahkluk ni masing juga nak makan ayam piru yang baru nak hidup.. eeee geram betul. Macam nak buang semua kucing dalam reban tu... memang tak berguna sesen pun bela kucing ni...hampeeeehhhh...

KLUK KLUK KLUK.... TELOR AYAM PIRU KENA CURI MONYET

Seronok tengok ayam piru saya dah membesar dan boleh menghasilkan telor....setakat ini 2 biji telor dihasilkan dan dimasukkan dalam inkubator. Yang sayunye, ada seekor monyet yang suka mengintai dan mencuri telor ayam ni dan badan dia dah bertambah gemok makan telor setiap hari. Hati pedih betul mengenangkan nasib telor yang telah terkorban. Tapi bila tengok ayam yang kian membesar dan jinak, sejuk hati sekejap!

Sunday, 8 May 2011

8 EKOR AYAM PIRU PERCUMA SEDEKAH DARI KAWAN PENSYARAH UPSI

Isteri saya dapat call semalam dari kawan seorang pensyarah UPSI untuk menyerahkan 8 ekor ayam piru kerana beliau ingin berpindah dan menghadapi masalah untuk membela ayam tersebut di kawasan perumahan baru beliau. Mulanya dia offer nak jual seekor RM50.00, tapi kami ni memang dah banyak ayam piru dan menolak dengan baik. Tapi kemudian dia kata ambillah semua secara percuma dengan perjanjian bila dia dia dapat kawasan tanah rumah yang bersesuaian nanti, kami kene serahkan la balik anak-anak ayam sebagai ganti. Perjanjian yg baik dan kami bersetuju 100% dengan cadangan tersebut yg memang telah kami rancang pada awalnye. Beliau juga bercadang nak serahkan kepada kami 2 ekor Angsa putih yang comel sebelum rumah beliau dijual kepada pembeli yang berminat. Kami tunggu aje panggilan beliau, sekiranya jadi kami mempunya 3 ekor angsa putih yang memang menarik hati sesiapa yang melihat... manja dan nakal mengejar orang yang tidak dikenali!

Friday, 22 April 2011

Baby ayam ketiga - ayam piru putih baru menetas!

Seronok tengok sendiri anak ayam turki yang baru menetas. Anak ayam pertama dan kedua kelihatan sihat dan ketiga baru pecah cengkerang telur...... masih bertarung untuk hidup.... tak tau...mudah-mudahan selamat.


Anak ayam piru baru menetas 22 Mei jam 10 malam


Ayam selasih jambul baru berumur 2 hari... comel

Thursday, 21 April 2011

Baby ayam dah besar dan sihat

Tengok pada saiz telor macam ayam jambul, tapi bila tengok rupa macam ayam serama.... lupa nak tag nama aritu masa beli telur tu. Tapi yang penting ayam baby ni sihat dan kian membesar dan pandai bawa diri. Harap ayam ni terus membesar dan sihat!! Umur ayam ni baru 6 hari..

Monday, 18 April 2011

Anak ibu tumpang inkubator pertama!

Terkejut bila bangun subuh hari Sabtu 16hb April...ada bunyi anak ayam cip cip cip kat dalam inkubator tu... alamak, inkubator tu dah jadi ibu tumpang buat ayam selasih crooss breed warna putih belang coklat....comel dan kini bulunye dah kering..... dalam kotak pemantauan khas macam ICU kat hospital..hehehehehhe.. anak pertama la katakan!

Friday, 15 April 2011

Inkubator dah penuh dengan telor!!!!


Ada banyak telor ayam yang saya berjaya perolehi dari kedai jual burung/ayam di Rawang. Setakat ni 25 biji telor ayam sedang di eramkan untuk mendapatkan anak eraman tiruan......ayam tak ada mak bapak! Ada 2 biji telor ayam piru, ayam selasih 5 biji, ayam mutiara 4 biji, ayam serama 2 dan selebihnya ayam selasih dan ayam selasih jambul (baka putih). Ini adalah percubaan pertama saya untuk menghasilkan anak -anak ayam eksotik secara inkubator. Tak tau la berjaya ke tidak!

Monday, 11 April 2011

ANGSA MANJA MACAM KUCING





Geram tengok gelagat angsa saya yang manja macam kucing suka dipangku dan tak takut langsung dengan orang. Suka dengan perangai angsa ni yang gemar meletakkan kepalanya di bahu sambil berbunyi manja... sayang sangat kat dua ekor angsa ni... tak sanggup nak jual apatah lagi nak sembelih untuk dimakan. Boleh diharap untuk menjaga rumah, jaga binatang ternakan yang lain dan boleh dibelai manja!! Anak saya Azrul memang suka melayan karenah angsa ni....macam kucing persia, mengada-ngada minta di peluk!!

Wednesday, 6 April 2011

RUPANYE AYAM PIRU NI BANYAK NAMANYE!!!! HEBAT AYAM NI

Gelaran pelbagai telah diberi oleh penduduk dunia ini kepada ayam piru ini. Dari segi nama saintifik , ayam ini bernama Meleagris dan nama Englishnya ialah Etymology. Nama-nama lain bagi ayam piru ini ada 32 yang saya baca dan dapat info dari internet.

1. Arab - dīk rūmī (
ديك رومي) bermaksud “Roman rooster”.
2 .Bulgaria - Пуйка (puijka) tapi versi dialek pula Мисирка (misirka)
3. Bengali - titir pakhi
4. Catalan - gall d’indi, bermaksud “Indian chicken”.
5. China - huoji bermaksud “fire chicken”, disebabkan warna kepala ayam tersebut.
6. Czech - krocan divoký.
7. Belanda-kalkoen inspirasi dari bandar Calicut di India,
8. Estonian and Norwegian -kalkun.
9. Sweden - kalkon.
10. Finland - kalkkuna.
11. Egyptian Arabic -“Greek bird”.
12. Parsi - Boogalamoon.
13. Peranchis -dinde, bermakna ayam di India.
14. Jerman - Truthahn.
15. Greek - gallopoula bermaksud“French chicken”.
16. Hebrew - tarnegol hodu bermaksud “Indian rooster”.
17. Hungary - vadpulyka.
18. Indonesia - kalkun dari perkataan Belanda kalkoen.
19. Irish - turcaí.
20. Itali - tacchino.
21. Japan - shichimencho'dari terjemahan perkataan“seven-faced bird".
22. Korean - chilmyeonjo terjemahan perkataan “seven-faced bird”.
23. Malaysia - “Ayam Piru” dari perkataan Portugis yang bermaksud burung 

24. Malta - dundjan.
25. Poland - Indyk, merujuk kepada perkatan India.
26. Portuguese - peru.
27. Russia -indeyka (индейка), berkaitan dengan Native American Indian.
28. Scottish - cearc frangach, bermaksud “French chicken”.
29. Spanish - pavo,daripada perkataan Latin peafowl.
30. Turki - hindi yang bermaksud "dari dan berkaitan dengan India".
31. Vietnam - gà tây, bermaksud “Ayam Barat”.
32. Urdu - feel murgh, bermaksud "ayam gajah"


Monday, 4 April 2011

Ayam Mutiara menjerit macam Hantu Mak Limah balik Umah!!!

Kalau dengar malam malam ayam ni menjerit .... confirm aku lari tercabut selipar! Suara macam hantu mak limah balik umah... nyaring dan panjang! Riuh satu kampung kalau dia berbunyi. Kalau ada 50 ekor, kena pasang headphone la nampaknye.... boleh roboh rumah aku ni. Kecoh macam giler!!!!


Daging ayam ni berkhasiat... boleh buat ubat kuat kata orang.... tak tau la kebenarannya!


ANGSA PUTIH MATI SEEKOR TERCEKIK BATU SUNGAI


Angsa putih kesayangan anak saya mati seekor termakan terlampau banyak batu sungai sampai tercekik.... lehernya dan bengkak dan dah 2 hari tak lalu makan.. akhir gol petang tadi!

BELI TELUR AYAM MUTIARA, AYAM SELASIH DAN SERAMA...

Seronok dah jumpa kawan yang membekalkan telor ayam eksotik berharga di Rawang. Mulanya jual pada harga RM8 sebiji, kini dah turun RM5 sebiji.... hehehe kena pandai la cari makan. Mamat indonesia tu dah jadi pembekal tetap telur burung eksotik pada harga yang berpatutan berbanding harga ayam tu bila dah dewasa. Ayam Selasih dewasa RM450 sepasang, Ayam Mutiara RM180 sepasang dan Ayam Turki RM300 sepasang!!!!! Demam juga kalau nak beli sepasang.... tapi bila dah stim dan minat giler dengan ayam ni, harga soal kedua. Hari ni dah beli sekor lagi White Swan betina.... Angsa ni manja macam kucing dan boleh jaga rumah!

Sunday, 3 April 2011

Ayam turki putih dah jumpa balik!

Aduh... lega bila nampak kelibat ayam turki putih yang hilang selama dua hari. Seronok tengok ayam tu sihat walaupun entah kemana perginya selama ini. Ayam berharga RM25 ni memang sentimental sikit, warnanya memang menarik hati dan boleh dijual dengan harga yang baik kalau sudah dewasa. Ayam Turki ni memang eksotik dan kalau dengar bunyinye.... syok...!



Yang ni dah di cross breed dengan yang hitam.... canteek kalau dah dewasa nanti.



Saturday, 2 April 2011

Ayam Turki hilang kena curi!!!

Aduh... tak sampai seminggu ayam tu baru nak berjinak-jinak berjalan di belakang rumah... pagi tadi 2 April 2011, leboh dan sekor ayam saya kene sapu dek kutu. Harga sekor ayam tu dalam RM150... dah boleh bertelor ..huhuhuhuhu.. sayunye hati

Tuesday, 29 March 2011

INKUBATOR OTOMATIK KENE PANDAI SETTING!

Untuk kesekian kalinya setelah percubaan pertama gagal, inkubator baru beli ni kene di setting beberapa kali untuk mendapatkan tahap suhu yang mencukupi untuk pengeraman telur berkenaan. Macam nak give up juga pada peringkat awal... tapi sekarang ni dah ok.. lega rasanye!

UNGGAS EKSOTIK - AYAM MUTIARA, ANGSA PUTIH (SWAN) DAN AYAM TURKI

Mengisi masa lapang dan mengurangkan stress kerja, saya mengusahakan ternakan unggas eksotik yang begitu menarik dan dapat menghasilkan keuntungan yang lumayan sekiranya dibuat dengan betul dan mempunyai komitmen yang tinggi. Begitu teruja dengan kecerdikan angsa putih yang mempunyai perangai macam anak kecil dan mengekori saya kemana sahaja saja saya bergerak. Usaha saya adalah untuk mengkomersialkan pembiakan angsa putih ini untuk dijual kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya sebagai haiwan yang boleh menjaga rumah serta menjauhkan ular dari halaman rumah yang boleh membahayakan kanak-kanak. Dengan pembelian set inkubator otomatik sepenuhnya.... saya berharap usaha ini akan berjaya dan sesiapa yang bercadang untuk memiliki angsa ini boleh menghubungi saya di talian 012-3162913.